Tuesday, 26 July 2011

Keutamaan Salat Tahajud dan Tips Agar Mudah Melaksanakannya

Wahai orang yang berselimut!, Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (perlahan-lahan.)” (QS. Al Muzzamil:1-4)

Firman Allah swt di atas telah memerintahkan dengan jelas kepada Rasulullah saw yang tengah tidur untuk melakukan solat malam atau solat tahajud. Dan perintah yang diberikan kepada Rasulullah saw tersebut bukanlah perintah yang dikhususkan hanya kepada beliau saja, melainkan juga kepada seluruh umat beliau. Namun pada kenyataannya, betapa sedikit sekali umat muslim yang dapat berdiri dan mengistiqomahkan sholat tahajud ini.

Dari Jabir ra, ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Solat tahajud merupakan salah satu bentuk komunikasi dengan Allah swt yang paling efektif. Karena sholat tahajud dilakukan manakala kebanyakan makhluk Allah swt sedang tertidur lelap. Masa yang penuh dengan kesunyian dan ketenangan akan membantu kita untuk lebih khusyuk bermunajat kepada Allah. Seorang muslim yang senantiasa mendirikan solat tahajud, insya Allah akan selalu dicintai oleh Allah swt. Barang siapa mendirikan solat tahajud maka Allah swt akan menjaminnya dengan kehidupan di syurga kelak.

Dari Abdullah bin Salam, Rasulullah saw bersabda, “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, dan solat malamlah pada waktu orang-orang tidur, kalian akan masuk surga dengan selamat.” (HR. Imam Tirmidzi)

Rasulullah saw telah bersabda yang artinya, “Lazimkan dirimu untuk solat malam karena hal itu tradisi orang-orang shalih sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR. Ahmad)

Allah swt akan senantiasa memberikan kemuliaan kepada umatnya yang khusyuk dan konsistan dalam mengamalkan sholat sunnah tahajud. Dari Sahal bin Sa’ad ra., ia berkata, “Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah saw lalu berkata, ‘Wahai Muhamad, hiduplah sebebas-bebasnya, akhirnya pun kamu akan mati. Berbuatlah semaumu, pasti akan dapat balasan. Cintailah orang yang engkau mau, pasti kamu akan berpisah. Kemuliaan orang mukmin dapat diraih dengan melakukan shalat malam, dan harga dirinya dapat ditemukan dengan tidak minta tolong orang lain.’”

Rasululah saw bersabda, “Seluruh manusia dikumpulkan di tanah lapang pada hari kiamat. Tiba-tiba ada panggilan dikumandangkan dimana orang yang meninggalkan tempat tidurnya, maka berdirilah mereka jumlahnya sangat sedikit, lalu masuk surga tanpa hisab. Baru kemudiaan seluruh manusia diperintah untuk diperiksa.”

Setelah melihat hebatnya kedudukan dan keutamaan mendawamkan solat tahajud di atas, maka sudah sepatutnyalah bagi kita semua untuk senantiasa berlumba-lumba mendapatkan fadhilah dari solat tahjud tersebut.



Berikut adalah serba sedikit tips yang insya Allah akan membantu kita agar lebih mudah untuk bangun di sepertiga malam dan melaksanakan solat sunnah tahajud.1. Biasakan tidur di awal waktu, jangan membuang masa untuk hal-hal yang tidak penting, yang akhirnya hanya akan membuat mata kita terlampau letih dan mengantuk untuk bangun di sepertiga malam.

2. Bersungguh-sungguh mengamalkan adab-adab sebelum tidur. Biasakan berwuduk, solat sunnah, berdzikir dan berdoa sebelum tidur. Jangan tidur dalam keadaan berhadats (terutama hadats besar), karena hal ini akan menimbulkan kemalasan di waktu bangun malam.

3. Janganlah paranoid dan menganggap bahwa bangun di sepertiga malam untuk melakukan solat tahajud itu sebagai pekerjaan yang berat. Karena pemikiran semacam itu akan berpengaruh pada niat dan kekuatan kita untuk merealisasikan niat tersebut (dapat melemahkan niat dan tekad untuk melakukan solat tahajud).

4. Senantiasa menjaga keikhlasan ketika berniat untuk bangun malam dan melakukan solat tahjud. Dengan niat yang ikhlas, insya Allah akan meringankan pekerjaan yang semula tampak berat.

5. Cubalah untuk mengenali dan menyesuaikan waktu tidur masing-masing. Bila kita telah tahu berapakah standat waktu tidur kita masing-masing, maka kita akan dapat menentukan jam berapakah kita harus mula tidur, sehingga kita akan bangun tepat di sepertiga malam. Jika memang ada tugas yang harus diselesaikan dan dibawa pada hari esok, lebih baik dikerjakan selepas melaksanakan sholat tahajud, jangan dikerjakan pada waktu malam (sebelum tidur) yang memakan waktu hingga larut malam dan akhirnya akan membuat kita tidak dapat bangun di sepertiga malam (kesiangan).

6. Jika keperluan, jangan lupa untuk melakukan tidur siang. Dengan tidur siang, insya Allah akan membuat kita lebih kuat untuk bangun di sepertiga malam dan melakukan solat sunnah tahajud.

7. Jangan lupa untuk senantiasa memasang alarm, dan letakkan alarm tersebut di tempat yang jauh dari jangkauan tangan namun tetap dapat terdengar dengan jelas oleh telinga. Dengan demikian, mahu atau tidak mahu kita akan bangkit dari tempat tidur untuk mematikannya.

8. Anda juga dapat menggunakan program tahajud "miss call" dengan teman-teman anda. Buatlah jadwal berkela yang telah disepakati bersama untuk mengatur siapa-siapa yang ditugaskan untuk membangunkan yang lain.

9. Programlah aktiviti siang hari anda dengan seefisien dan seefektif mungkin, sehingga anda tidak terlalu keletihan untuk bangun di sepertiga malam untuk melakukan solat tahajud. Hindari kegiatan-kegiatan yang tidak terlalu penting, yang akan mengurangkan stamina anda.

10. Tanamkanlah kesadaran bahwa anda memiliki keperluan jasmani dan ruhani yang harus anda penuhi keduanya dengan seimbang, tidak berat sebelah.

11. Motivasi diri anda untuk bangun malam dengan cara mempelajari dan mengingat betapa besar keutamaan-keutamaan yang terdapat di dalam solat tahajud.

12. Tanamkan rasa rindu untuk senantiasa bernunajat dan berkhalwat dengan Allah swt.

13. Hindari maksiat. Karena, maksiat adalah sumber lemahnya kadar iman dan ibadah kita kepada Allah swt. Dalam hal ini Sufyan Ats-Tsauri telah menuturkan pengalamannya, “Aku sulit sekali melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”.

14. Janganlah makan malam terlampau kenyang, karena perut yang kenyang akan memberikan efek mengantuk dan malas.

15. Jika anda telah berkeluarga, anda dapat membuat kesepakatan dengan anak dan isteri berupa program solat tahajud berjamaah, contohnya setiap tiga kali dalam seminggu keluarga wajib melakukan sholat tahajud secara berjamaah.

16. Jangan lupa untuk senantiasa berdoa dan memohon kepada Allah swt agar diberikan kemudahan untuk bangun malam dan melakukan sholat tahajud dengan ikhlas dan khusyuk.


Rasulullah saw telah bersabda di dalam haditsnya yang artinya, "Sesungguhnya amal perbuatan itu harus dengan niat, dan setiap orang itu tergantung pada niatnya." (Muttafaq Alaih)

dengan itu marilah kita kuatkan dan luruskan niat kita untuk senantiasa  mendirikan solat tahajud dengan ikhlas agar kita mendapatkan tempat yang mulia di sisi Allah swt. Amin. Waullaualam.

Tuesday, 19 July 2011

Gay dan Lesbian

2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina

BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.

Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.  Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. - AP


Gay dan Lesbian, Natijah Kebebasan Dalam Ideologi Kapitalisme

Inilah kesan dan produk daripada penerapan ideologi kapitalisme  dalam sistem demokrasi sekarang. Manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah telah menjadi seburuk-buruk makhluk. Manakan tidak, perbuatan gay dan lesbian ini telah melanggar fitrah kejadian manusia dengan pemuasan gharizatul nau’ (naluri melestarikan keturunan) ke arah yang menyimpang. Malahan perbuatan terkutuk ini tidak akan kita temui dalam mana-mana sejarah kehidupan haiwan sekalipun! Dengan menjadikan perkahwinan sejenis ini sebagai sesuatu yang sah di sisi undang-undang negara seperti Argentina ini, ia bakal mendatangkan malapetaka yang lebih besar kepada manusia. Sudahlah kerosakan dalam ekonomi semakin parah, kini ditambah lagi dengan kerosakan dalam institusi sosial dalam masyarakat yang merupakan hasil daripada pengagungan idea kebebasan dalam bertingkah laku. Islam telah lama menyelesaikan masalah sosial dan pergaulan dalam masyarakat dengan mengikat setiap manusia dengan peraturan yang lahir daripada Sang Pencipta.


Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan beberapa pendedahan berani yang telah dibuat oleh ramai individu-individu gay dan lesbian yang menuntut agar mereka dilayan sama seperti individu-individu yang lain. Lebih menyedihkan lagi, mereka ini ada orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai seorang Muslim. Demokrasi sentiasa menjamin kebebasan manusia dalam bertingkah laku selagimana ia tidak menggangu kebebasan individu lain. Elemen ini merupakan intipati yang perlu dipertahankan oleh sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, demi melestarikan kebebasan individu ini yang akhirnya menggantikan Allah sebagai as-Syari’ (pembuat hukum). Perbuatan gay dan lesbian bukan sahaja mengundang kepada murka Allah, malahan ia juga bakal merosakkan seluruh keturunan manusia. Semoga kemenangan Islam semakin hampir dan segera membebaskan negara-negara Amerika Latin dan seluruh dunia daripada penjajahan sistem kapitalisme dan demokrasi kepada berada di bawah naungan Islam, yang akan mengatur serta menyelesaikan seluruh masalah kehidupan manusia.

Saturday, 14 May 2011

Hidup Adalah Pilihan


 Ketahuilah! Sesungguhnya bila kalian bersabar
 atas kesusahan yang sebentar sahaja,
maka kalian akan menikmati kesenangan yang panjang
(Thariq bin Ziyad, 711)

“Hidup adalah pilihan
Maka segala sesuatu yang telah terjadi,
yang sedang terjadi, dan akan terjadi,
adalah hasil daripada pilihan kita.
Hidup ini hanya sebentar, hanya sekali.
Hidup seperti apa yang akan kita pilih”


“Hidup adalah pilihan” adalah sebuah kalimah yang seringkali kita dengar. Namun tidak banyak dianatara kita yang benar-benar memahaminya dan mengaplikasikan nya dalam kehidupan mereka. Kerap kali perbahasan  dan dialog tentang pekara ini, namun ia masih belum diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

Hidup adalah pilihan kita akan hidup berdasarkan pilihan-pilihan yang kita buat, kita akan dinilai dengan pilihan-pilhan yang kita buat, kita akan dihargai dengan pilihan-pilihan yang kita buat, dan seterusnya kita akan menjadi apa yang kita pilih dalam setiap sudut dari kehidupan kita.

Seorang yang memilih untuk memetik gitar, dan memainkannya ditepi jalan dengan mengharap bayaran dari pengunjung disitu, lalu dinamakan penghibur jalanan. Dan dia dihargai sesuai dengan namanya anatara RM 100-300 sebulan.  
  
Seseorang yang memilih untuk memetik gitar diatas pentas secara profesional dinamakan penyanyi. Sudah tentu dia akan dihargai sesuai dgn namanya, yang jelas penghargaan nya lebih besar  daripada penghibur jalanan. Sekilas pandang, seolah-olah aktiviti mereka ini adalah sama dengan memetik dan memainkan gitar, namun sebenarnya pilihan-pilihan yang dibuat secara keseluruhan adalah berbeza.