Tuesday 19 July 2011

Gay dan Lesbian

2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina

BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.

Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.  Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. - AP


Gay dan Lesbian, Natijah Kebebasan Dalam Ideologi Kapitalisme

Inilah kesan dan produk daripada penerapan ideologi kapitalisme  dalam sistem demokrasi sekarang. Manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah telah menjadi seburuk-buruk makhluk. Manakan tidak, perbuatan gay dan lesbian ini telah melanggar fitrah kejadian manusia dengan pemuasan gharizatul nau’ (naluri melestarikan keturunan) ke arah yang menyimpang. Malahan perbuatan terkutuk ini tidak akan kita temui dalam mana-mana sejarah kehidupan haiwan sekalipun! Dengan menjadikan perkahwinan sejenis ini sebagai sesuatu yang sah di sisi undang-undang negara seperti Argentina ini, ia bakal mendatangkan malapetaka yang lebih besar kepada manusia. Sudahlah kerosakan dalam ekonomi semakin parah, kini ditambah lagi dengan kerosakan dalam institusi sosial dalam masyarakat yang merupakan hasil daripada pengagungan idea kebebasan dalam bertingkah laku. Islam telah lama menyelesaikan masalah sosial dan pergaulan dalam masyarakat dengan mengikat setiap manusia dengan peraturan yang lahir daripada Sang Pencipta.


Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan beberapa pendedahan berani yang telah dibuat oleh ramai individu-individu gay dan lesbian yang menuntut agar mereka dilayan sama seperti individu-individu yang lain. Lebih menyedihkan lagi, mereka ini ada orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai seorang Muslim. Demokrasi sentiasa menjamin kebebasan manusia dalam bertingkah laku selagimana ia tidak menggangu kebebasan individu lain. Elemen ini merupakan intipati yang perlu dipertahankan oleh sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, demi melestarikan kebebasan individu ini yang akhirnya menggantikan Allah sebagai as-Syari’ (pembuat hukum). Perbuatan gay dan lesbian bukan sahaja mengundang kepada murka Allah, malahan ia juga bakal merosakkan seluruh keturunan manusia. Semoga kemenangan Islam semakin hampir dan segera membebaskan negara-negara Amerika Latin dan seluruh dunia daripada penjajahan sistem kapitalisme dan demokrasi kepada berada di bawah naungan Islam, yang akan mengatur serta menyelesaikan seluruh masalah kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment